Haruman Luqman merupakan wangian berasaskan campuran kasturi kijang bersama bunga-bunga segar yang mengharumkan pemakainya di samping membantu menenangkan jiwa dan menguatkan rohani.
Ia sesuai dipakai oleh semua peringkat umur tidak kira lelaki mahupun wanita.
Haruman Luqman hadir dengan 4 jenis wangian:
- Mekar Seroja
- Bunga Qasidah
- Mekar Selasih
- Mekar Baiduri
Haruman Luqman juga telah dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an dan doa-doa terpilih untuk membantu membentengi diri daripada serangan sihir dan makhluk halus di samping merawat masalah rohani pemakainya. Antara surah dan ayat yang telah dibacakan adalah Surah Al-fatihah, Surah Yasin, Surah Al-Baqarah, Surah Yusuf, ayat Syifa’, ayat Ruqyah, ayat Ruqyah Jibril, selawat Syifa’, selawat Tafrijiyyah, Saiyidul Istighfar, ayat Kursi, doa pelembut hati, doa penerang hati, doa pengasih, doa penyeri wajah, doa Sulaiman, doa untuk mengatasi hasad dengki, doa penenang fikiran, doa Kanzul Arasy, doa Khatamun Nubuwwah, serta solat hajat.
Khasiat Haruman Luqman
- Mengharumkan diri
- Membantu meredakan tekanan
- Membantu meningkatkan daya tumpuan
- Menaikkan seri wajah
- Membenteng diri daripada serangan sihir dan makhluk halus
- Menjadi penawar untuk histeria
- Membantu masalah anak-anak yang nakal dan malas
- Memberi kesegaran kepada tubuh yang lesu dan letih
Kandungan Haruman Luqman
Bunga Seroja: Seroja merupakan tumbuhan air yang berasal dari India dan akarnya kaya dengan sumber vitamin C yang bertindak sebagai agen antioksida selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi.
Kasturi Kijang: Minyak kasturi dihasilkan dari sumber perut kijang jantan dan merupakan wangian yang sering diperkatakan sejak zaman dahulu lagi. Minyak kasturi membantu membekalkan ketenangan kepada jiwa, meredakan ketakutan dan kebimbangan, menguatkan jasmani dan rohani di samping melancarkan peredaran darah dan menggalakkan fungsi organ dalam tubuh badan.
Bunga Kesidang: Bunga kesidang atau Vallaris Glabra adalah bunga yang bersifat harum dan berupaya membantu menenangkan jiwa di samping menyegarkan diri dan merangsang minda yang positif.
Bunga Selasih: Bunga yang berasal dari Asia ini sering digunakan sebagai ramuan dalam minuman untuk menyegarkan tubuh badan. Selain itu juga, bunga selasih yang bersifat antioksidan ini juga berupaya membantu menentang serangan bakteria, memelihara sel-sel tubuh dengan bantuan kandungan flavonoidnya di samping memelihara sistem kardiovaskular.
Cara Penggunaan Haruman Luqman
- Calit pada bahagian tubuh yang dikehendaki seperti leher dan pergelangan tangan
- Boleh dipakai untuk bersolat
- Dilarang untuk melangkah produk ini kerana telah dibacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an
Tiada ulasan:
Catat Ulasan