Kapsul Habbatus Sauda Sabit Banani - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

11 Februari 2012

Kapsul Habbatus Sauda Sabit Banani

Kapsul Al-Habbatus As-Sauda' Sabit Banani merupakan makanan tambahan yang sangat baik untuk diamalkan oleh lelaki mahupun perempuan. Ia terdiri daripada 100% Habbatus Sauda yang terkenal dengan keupayaannya untuk memelihara kesihatan tubuh badan. Selain membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi menentang serangan penyakit, Habbatus Sauda juga dapat merawat masalah pernafasan dan penyakit sendi serta membantu menggalakkan penghasilan susu ibu.

“Mencegah sesuatu penyakit itu ternyata lebih baik daripada merawatnya.” Berpegang kepada prinsip ini, Kapsul Al-Habbatus As-Sauda' dirumus menggunakan Habbatus Sauda yang merupakan antara herba terbaik yang mampu melindungi tubuh badan kita daripada jangkitan penyakit.

Selain terbukti kaya dengan khasiat untuk tahap kesihatan yang optima, pengambilan Habbatus Sauda sebagai makanan tambahan mahupun penawar juga digalakkan di dalam agama Islam. Menurut sabda Nabi Muhammad, “Sesungguhnya Habbatus Sauda' adalah penawar bagi segala penyakit, kecuali kematian.”

Khasiat Kapsul Al-Habbatus As-Sauda' Sabit Banani

  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi menentang serangan penyakit
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membantu menurunkan paras kolestrol LDL yang tidak baik untuk kesihatan
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Melancarkan peredaran darah bagi menggalakkan fungsi tubuh
  • Memelihara kesihatan organ dalaman
  • Membantu merawat masalah pernafasan, lelah, alahan dan penyakit sendi
  • Membantu mencegah penghasilan sel ketumbuhan dan kanser
  • Turut sesuai untuk menggalakkan penghasilan susu ibu

Kandungan Kapsul Al-Habbatus As-Sauda' Sabit Banani

Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.

Cara Penggunaan Kapsul Al-Habbatus As-Sauda'

  1. Ambil 2 biji Kapsul Al-Habbatus As-Sauda' setiap pagi dan malam.
  2. Ini adalah persediaan tradisional. Dapatkan nasihat pakar perubatan jika penyakit berlarutan.
  3. Simpan di tempat yang dingin dan kering.
  4. Tidak sesuai untuk kanak-kanak dan ibu hamil.

4 ulasan:

  1. salam, macam mane nak beli dengan harga ahli? mohon reply

    shafi: boleh terus buat pembelian dengan harga ahli.. tak perlu jadi ahli pun..harga ahli adalah harga diskaun dari kami..

    BalasPadam
  2. salam,sya nak tnye klau seseorng yg ade pnyakit kolesterol dan darah tinggi bleh mkn kapsul al-habbatus sauda sabit banani ke?

    shafi: rasanya boleh..tapi seeloknya bincang dengan doktor dulu..

    BalasPadam
  3. secara ringkasnya puan bankin harga produk +kos pos rm6 ke akaun shahril, kemudian sms detail yang kami perlukan ke no 0136745006..order yang sampai pada kami sebelum 11am akan di proses segera..

    BalasPadam

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.