Lawas Kencang Nona Roguy - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

24 Oktober 2011

Lawas Kencang Nona Roguy

Lawas Kencang menghimpunkan kebaikan dari sumber halia, kedawung, biji ajwain likuoris dan daun Senna bagi membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal di samping membantu melawaskan pembuangan air kecil dan besar, meredakan masalah perut kembung serta meningkatkan tahap kesegaran tubuh badan.

Khasiat Lawas Kencang

  • Membantu mengatasi masalah angin dalam badan
  • Membantu melancarkan proses pencernaan
  • meningkatkan tahap metabolisme
  • membantu menggalakkan pembakaran lemak bagi mengurangkan berat badan yang berlebihan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Memelihara jantung
  • Membantu mengatasi masalah perut kembung
  • Melegakan masalah cirit-birit
  • Meredakan radang usus
  • Membantu merawat sakit perut dan sembelit

Kandungan Lawas Kencang

Daun Senna (Cassia Angustifolia): Daun Senna yang turut dipanggil daun jati Cina ini banyak terdapat di negara India dan China. Selain sering menjadi tanaman hiasan, daun Senna juga berperanan membantu melancarkan sistem pencernaan, mengatasi sembelit dan masalah kulit serta menggalakkan pertumbuhan semula sel tubuh.

Kedawung (Parkia Javanica): Tumbuhan yang bersifat anti-bakteria ini sering digunakan dalam rawatan tradisional di Indonesia bagi membantu mencegah jangkitan selain membantu merawat sakit perut, radang usus, dan perut kembung.

Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping mengatasi masalah bau badan. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan. Halia juga mampu menstabilkan tekanan darah serta meningkatkan tahap metabolisme seterusnya membantu menggalakkan pembakaran lemak bagi mengawal dan mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Biji Ajwain (Trachyspermum Ammi): Herba yang berasal dari negara Mediterranean ini digunakan secara tradisional bagi membantu melegakan cirit-birit dan masalah serta mengandungi niasin dan thymol yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung di samping membantu mengatasi masalah pencernaan, perut kembung dan loya. Ia turut kaya dengan kandungan protein, mineral, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi serta karotena yang berkesan untuk merawat masalah pencernaan, penyakit sendi, radang, lelah, batuk dan jangkitan pada bahagian usus.

Likuoris (Glycyrrhiza Glabra): Turut dikenali dengan nama Akar Manis, tumbuhan ini bukan sahaja berupaya mengatasi masalah kulit, malah tinggi dengan kandungan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meredakan tekanan, keletihan, radang, sakit kepala, masalah penghadaman dan pedih ulu hati. Di samping itu, likuoris juga mampu menguatkan sistem imunisasi bagi membantu menentang jangkitan bakteria mahupun virus yang boleh menjejaskan tahap kesihatan.

Cara Penggunaan Lawas Kencang

  1. Bancuh 1 hingga 2 sudu Lawas Kencang bersama segelas air kosong. Gunakan sudu penyukat yang telah disediakan.
  2. Kacau hingga larut dan minum dengan segera.
  3. Ambil 1 kali sehari.
  4. Amalkan diet pemakanan yang seimbang dan senaman bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

1 ulasan:

  1. Salam....
    Saya nak tanya produk untuk nak kempiskan perut ada tak sebab walaupun badan saya ni kategori kurus tapi masalah perut buncit buat saya x selesa sangat. Nak pakai baju ketat sikit pun rasa mcm tak selesa sangat.

    Boleh bantu saya selesaikan masalah ni?

    BalasPadam

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.